|
|
|
|
|

MENGENALI RADIO AMATUR
Operator Radio Amatur berkomunikasi
diantara satu sama lain setiap hari dengan mengunakan system penyiaran dan
satelit Amatur. Mereka juga boleh memberikan servis ketika berlakunya
bencana alam sekiranya system komunikasi yang lain tidak boleh berfungsi
atau ketiadaan kemudahan komunikasi yang lain.
Radio Amatur diiktiraf didalam Aktar
Komunikai dan Multimedia (Spectrum) Peraturan 2000 adalah bermaksud Servis
Radio Komunikasi (termasuk Terrestrial & Satelite) iaitu mengunakan
Stesen
dengan tujuan latihan sendiri, berkomunikasi, penyiasatan teknikal kepada
seseorang yang ingin mendalami teknik radio yang mengikut Peraturan 27(1)
Aktar Komunikasi dam Multimedia (Technical Standards) dan memiliki kewibawaan
serta kemahiran.
Radio Amatur juga telah diiktirafkan
sebagai salah satu peralatan berkomunikasi radio yang mana ITU
(International Telecommunication Union) mengendali
dan mengadakan satu frekuensi khas untuk perkhidmatan Radio Amatur yang
akhirnya frekuensi tersebut dapat digunakan diseluruh dunia.
KEGUNAAN RADIO AMATUR
Stesen Radio Amatur atau Operator Radio
Amatur dikenali sebagai "Radio Ham" atau "HAM". Aktiviti-aktiviti Radio
AMATUR dapat dipelbagaikan contohnya:-
-
Berkomunikasi dengan Stesen Radio Amatur
diseluruh dunia dengan mengunakan Radio HF.
-
Berkomunikasi diantara bandar - bandar
tempatan dengan mengunakan radio VHF dan UHF Transceivers.
-
Memberi khidmat Komunikasi ketika
berlakunya bencana alam sekiranya tidak terdapat alat komunikasi yang
lain atau alat komunikasi yang lain tidak berfungsi.
-
Pembuatan Radio, Pemancaran, Penerimaan dan
Antenna Sendiri.
-
Komunikasi di dalam orbit satelit tanpa
sebarang kos.
-
Berkomunikasi dengan Angkasawan ketika
mengelilingi dunia.
-
Kajian mengenai Television Amatur (ATV),
Slow Scan TV (SSTV) atau menghantar gambar potret dengan menggunakan
Faksimili.
-
Mengambil bahgian didalam aktiviti Mencari
dan Menyalamat.
PERINGATAN
Stesen Radio Amatur
dilarang mengunakan Radio Amatur untuk tujuan komersial dan berbual
berkaitan dengan anti kerajaan, politik, perniagaan, perkauman atau
mana-mana isu yang boleh menyinggung rakyat Malaysia.
PERSATUAN RADIO AMATUR SELANGOR
- RADAS
Persatuan Radio Amatur Selangor (RADAS)
atau Amateur Radio Society of Selangor tertubuh atas usaha giat dari
9W2LAR, 9W2COL, 9W2WA dan 9W2AZH. Pada awalnya idea penubuhan itu
diperkatakan di sessi-sessi eyeball seawal tahun 2005 tetapi pada tahun
2007 usaha yang giat dilakukan sehingga persatuan ini menjadi satu realiti.
RADAS telah secara rasmi ditubuhkan pada 24 Mac, 2008 dan beralamat di No
19A Jalan Batu laut 28/5, Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan. Antara objektif penubuhan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai
individu terutama mereka yang berada di Selangor untuk berkecimpung di
dalam aktiviti HAM yang dianggap sihat dan bersifat teknologi tinggi.
Disamping RADAS sebagai satu-satunya
persatuan di negeri Selangor selain dari persatuan-persatuan yang bersifat
nasional, RADAS berharap ianya akan menjadi wadah dan peneraju aktiviti ini
di Selangor khasnya. RADAS akan
berusaha untuk antara lain berhasrat untuk menghasilkan HAM yang
berprofessional, berpengetahuan teknologi tinggi dan komited selari dengan
negeri Selangor sebagai antara negeri yang mempunyai ramai golongan
professional, peniaga dan korporat. Walau bagaimanapun RADAS, sebagai
persatuan untuk negeri Selangor tidak lupa untuk memberi khidmat bakti
kepada yang mereka memerlukan di masa aman mahupun ketika bencana.
RADAS akan juga bergerak
selari dengan persatuan radio amateur yang lain di Malaysia mahupun di luar
negara untuk menjalankan akativiti-aktiviti yang boleh meningkat taraf
professionalisma HAM disamping aktiviti-aktiviti sampingan yang lain.
Jutaan penghargaan kepada Encik Azlah
Hamzah, Lukman Rafie, Ahmad Ali dan Wan Yusoff Azizuddin Wan Said yang
telah berjaya menubuhkan persatuan radio amatur di negeri Selangor yang
dikenali sebagai RADAS.
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan, cadangan, komen,
emailkan ke:
- - Kelab
(radas@selangorham.org.my)
- - Setiausaha
(suradas@selangorham.org.my)
- - YDP
(
ydpradas@selangorham.org.my)
- - Bendahari
(bendahari@selangorham.org.my)
Alamat
No. 66 Jalan Katung 28/11, Taman Alam
Megah, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Jutaan penghargaan kepada Encik Azlah
Hamzah, Lukman Rafie, Ahmad Ali dan Wan Yusoff Azizuddin Wan Said yang
telah berjaya menubuhkan persatuan radio amatur di negeri Selangor yang
dikenali sebagai RADAS.
 PENGASAS UTAMA
RADAS
|
Free chat widget @ ShoutMix
|


|
|
Port Semasa
RESTORAN BARJANA Seksyen
28, Shah Alam Sila
hubungi En. Azam Tel: 013-602-4344 |
 |

Sekolah HAM Selangor |
|